Skip to main content
0

Ustaz Sofwan Badrie

.

Mungkin ada yang belum kenal. Beliau telah menghafal Al-Quran sejak kecil dan kini semakin sibuk mengajar tafsir Al-Quran di seluruh Malaysia. Walaupun umur sudah 60an, tapi gerak gerinya cergas mengalahkan orang muda.

Beliau telah berdakwah lebih 33 tahun ke sana ke mari untuk masyarakat memahmi isi kandungan Al-Quran.

Pendakwah seperti Ustaz Sofwan Badrie sudah tentu kekurangan masa bersama dengan family dan anak-anak. Namun antara nikmat yang Allah berikan kepadanya adalah rezeki seorang isteri yang betul-betul memahami dan menyokong tugasnya sebagai pendakwah.

.

Ada saya jumpa kes isteri minta suami menceraikannya dan hampir setiap hari isteri melafazkan seperti ini.

“Abang ni bila masa yang ada kat rumah?

Asyik sibuk keluar mengajar sana sini.. Ceraikan saya bang, saya dah tak tahan begini…”

Pasangan tersebut akhirnya bercerai dan suaminya Allah jodohkan seterusnya dengan wanita yang sangat memahami dan kekal sehingga hari ini.

.

Berbalik kepada Ustaz Sofwan,

paling best jika duduk bersembang sesuatu perkara, beliau pasti akan suruh rujuk surah dan ayat sekian sekian kerana segala persoalan mengenai kehidupan hari ini telah ada dalam Al-Quran.

Sebagai contoh semalam,

saya bentangkan mengenai 10 Modul Diagnosis, dan salah satunya mengenai konsep musibah. Ada 3 jenis Musibah dan kita perlu muhasabah apa yang terjadi kepada kita hari ini jatuh ketegori mana satu sama ada ujian, teguran atau azab.

Ustaz Sofwan memberi saranan agar tambahkan lagi di dalam modul mengenai sumber rujukan dalam Al-Quran Surah 29: 2&3 dan Surah 2: 155-157.

.

Alhamdulillah syukur Allah telah takdirkan saya berjumpa di rumahnya walaupun dalam keadaan jadual beliau sangat padat. Saya juga telah tunjukkan kaedah yang dipraktikkan untuk melatih mangsa gangguan jin agar pandai dignosis dan merawat diri sendiri.

Tujuan saya berjumpa beliau untuk dapatkan teguran tambah baikkan agar kaedah, konsep dan pemahaman mengenai Pengubatan Islam tidak menyalahi Al-Quran dan As-Sunnah.

Beliau berpesan kepada kita semua, berusahalah untuk faham Al-Quran, kerana apabila kita faham Al-Quran bermaksud kita akan faham agama.

Semoga Allah merahmati Ustaz Sofwan Badrie dan keluarganya.

Ada sesiapa teringin nak jumpa beliau?

#PerkemaskanAkidah

#JauhiKesyirikan

Leave a Reply