“Walaupun pesakit belum diruqyahkan lagi,
tapi kaedah Diagnosis dan Merawat Diri Sendiri pun dah memberi kesan…”
Baru baru ni ada seseorang call saya katanya dapat rekemen daripada seseorang, macam biasa keluhan yang diberitahu:
dah penat berubat merata-tempat
dah pergi cek doktor
dah ambil darah, scan semua tiada apa sakit
sakit berulang-ulang
jin keluar lepastu masuk balik
jika dirawat akan muntah keluar macam-macam
dan banyak lagi keluhan ada dalam 5 minit dia je asyik bercakap.
Beliau pun tanya bagaimana nak set temujanji semata-mata nak berubat. Maksudnya tak nak belajar merawat diri sendiri tapi nak saya ubatkan je.
Saya pun tarik nafas panjang dan mula ‘bebel’ guide beliau supaya TERUS BUAT kaedah nabi ajarkan mudah sangat!
Saya cakap siap siap, apa saya bakal share dalam kelas nanti ialah sama seperti apa yang saya ajarkan ni tapi sudah tentu lebih details kerana kelas 1 hari.
Nak jadikan cerita, beliau ni tadi pun pasrah dengar je ‘bebelan’ saya dan terus paktikkan. Eh, beliau baca ruqyah surah Al-Fatihah dan doa sendiri ye. Bukan saya ruqyahkan dalam fone!
Hasilnya?
Beliau sendiri terkejut dan tak pernah-pernah merawat diri sendiri tiba-tiba sakit dah bertahun-tahun, Allah izinkan sembuh.
Jap!
Ini bukan sembang nak bagitau teknik atau kaedah saya power ye!
bukan nak ajak ayuh semua ikut teknik saya!
bukan nak pertahankan kata kaedah saya je betul !
Tapi kita sama-sama nak pertahankan teknik atau kaedah atau cara Pengubatan Islam berpandukan Al-Quran dan As-Sunnnah. Bukan sekadar ruqyah mula-mula je lepastu campur kaedah tidak syarie.
- Dulu saya pun keliru, tak faham, tertanya tanya dan mencari-cari jawapan. Antara persoalannya ialah:
- Kenapa ada pelbagai kaedah buang jin dalam badan?
- Kenapa macam-macam amalan disuruh buat katanya dijamin untuk halau jin, dijamin boleh pagar rumah dan dijamin jin takkan datang kacau lagi?
- Kenapa dulu dulu jika betul atuk dan nenek kita ada buat dosa bela jin, anak cucu keturunan pula tiba-tiba yang kena sambung bela jin tu pula?
- Kenapa dulu dah pernah ada gangguan dan pergj berubat dah ok tapi sekarang brulang semula?
- Kenapa perawat baca al quran kata “aku bakar kau!” syaitan menjerit jerit?
- Kenapa tak ruqyah lagi dah kerasukan? (terkini seperti dalam group whatsapp diagnosis baru ini)
- Kenapa setiap hari dah solat, dah zikir, dah baca quran tapi ada gangguan juga?
Dan sangat banyak persoalan persoalan bwrkaitan ghaib yang saya mahu dapatkan jawapan.
Saya tanya kepada 10 orang, akan dapat 10 jenis jawapan.
Kenapa?
Kerana masing masing menjawab ikut pengalaman, ikut pemahaman sendiri dan ikut sesuka hati logik akal.
Ini bahaya!
Sebenarnya semua persoalan mengenai perkara ghaib sudah ada jawpan dalam Al-Quran dan As-Sunnah.
Jadi kita semua perlu merujuk kepada rujukan yang sama barulah kita akan bersatu padu.
Tadi pun, baru je ada yang diagnosis diri sendiri dengan dibimbing oleh Admin Imran.
Ini baru 20-30 minit punya ilmu yang didedahkan pesakit dah tak larat senyum sampai telinga sebab mudah sangat rupanya nak merawat diri sendiri.
Jangan biarkan hidup anda diselubungi misteri !!!
Diagnosis merupakan proses mengenalpasti penyakit melalui:
1) Tanda-tanda penyakit,
2) Simptom-simptom dan
3) Hasil pelbagai langkah diagnostik.
Kesimpulan yang didapati melalui proses ini dikenali sebagai DIAGNOSIS.
Oleh itu kami menjemput sesiapa yang mahu kenal pasti masalah gangguan anda, kenapa dah banyak berubat tak sembuh dan merungkai kekeliruan serta salah faham mengenai kaedah merawat diri sendiri untuk sertai sesi DIAGNOSIS ini dengan menghubungi kami segera.
Fokus hanya 2 iaitu:
1) Perkemaskan Akidah
2) Jauhi Kesyrikan
=======
Anda mahu diagnosis?
